SELAMAT DATANG KE wowCLICKzone, TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

VALENTINE'S DAY


Pada 14 Februari, Valentine's Day adalah hari bagi memperingati seorang tokoh yang memperjuangkan cinta dan kasih sayang,bernama Santo Valentine yang beragama Kristian di Rom pada zamanya,dan beliau adalah orang pertama yang menyatakan cinta dan kasih sayang melalui sebuah Kad ucapan,sebelum hukuman mati, keatasnya dilangsungkan. maka setiap kali Tarikh 14 Februari kekasih akan menyatakan cinta mereka, lebih istimewa dengan pemberian kad ucapan,hadiah yang melambangkan cinta,manisan dan sebagainya,seperti cara Santo Valentine menyatakan cinta dan kasih sayangnya,sambutan ini menjadi tradisi sehingga kini,Tetapi tidak Rasmi.

LAGENDA

Satu fakta yang dikarang pada Awal Zaman Pertengahan tentang salah seorang Santo Valentine diterangkan secara terperinci tetapi ringkas dalam Lagenda Aureus Menurut versi ini, St. Valentine ditindas kerana menganut agama Kristian lalu disoal siasat oleh Maharaja Rom Claudius II sendiri. Claudius kagum dengan Valentine lalu berbincang dengannya sebagai cubaan untuk menggesanya supaya memeluk agama pagan Rom untuk menyelamatkan nyawa dirinya. Valentine menolak dan cuba menjadikan Claudius beragama Kristian pula. Oleh sebab itu, Valentine dihukum mati. Sebelum itu, beliau dikhabarkan melakukan satu mukjizat dengan menyembuhkan anak perempuan kepada pegawai yang memenjarakannya.
Memandangkan Lagenda Aureus, langsung tidak mengungkit sebarang hubungan dengan cinta asmara, maka ditokok tambah peribudaya yang bersesuaian pada zaman moden untuk menggambarkan Valentine sebagai paderi yang enggan mematuhi apa yang kononnya undang-undang larangan berkahwin ke atas warga lelaki muda yang dititahkan oleh Maharaja Claudius II, kononnya untuk menambah bilangan bala tenteranya atas kepercayaan bahawa lelaki yang berkahwin tidak sesuai menjadi askar. Bagaimanapun, Valentine si paderi itu senyap-senyap menganjurkan upacara perkahwinan bagi lelaki muda. Setelah diketahui oleh Claudius, Valentine diberkas lalu dipenjarakan.
Mengikut satu lagi kisah yang tersebar luas sungguhpun langsung tiada asas dalam sejarah, pada malam sebelum Valentine menjalani hukuman mati, beliau menulis kad Valentine pertama yang bertulis "Dari Valentinemu" untuk diutuskan kepada seorang gadis yang dikatakan sebagai kekasihnya, atau anak pegawai penjara yang bersahabat dengannya dan disembuh olehnya, atau kedua-duanya.

Namun dalam Islam menegah, mengikuti apa jua perayaan yang bertentangan tujuan dan maknanya,apatahlagi jika berkaitan dengan agama,bukan Islam

Next Previous Home