SELAMAT DATANG KE wowCLICKzone, TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

GEMPA BUMI


Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi, disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skaka Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara

gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).


Terdapat tiga Jenis Gempa Bumi :

Gempa Bumi Anatomi

Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.
Ahli seismologi, mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.
Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

Gempa Bumi Tektonik
Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.

Gempa Bumi Gunung Berapi

Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.
Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.
Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, and titik merah gunung berapi seperti Hawaii







VALENTINE'S DAY


Pada 14 Februari, Valentine's Day adalah hari bagi memperingati seorang tokoh yang memperjuangkan cinta dan kasih sayang,bernama Santo Valentine yang beragama Kristian di Rom pada zamanya,dan beliau adalah orang pertama yang menyatakan cinta dan kasih sayang melalui sebuah Kad ucapan,sebelum hukuman mati, keatasnya dilangsungkan. maka setiap kali Tarikh 14 Februari kekasih akan menyatakan cinta mereka, lebih istimewa dengan pemberian kad ucapan,hadiah yang melambangkan cinta,manisan dan sebagainya,seperti cara Santo Valentine menyatakan cinta dan kasih sayangnya,sambutan ini menjadi tradisi sehingga kini,Tetapi tidak Rasmi.

LAGENDA

Satu fakta yang dikarang pada Awal Zaman Pertengahan tentang salah seorang Santo Valentine diterangkan secara terperinci tetapi ringkas dalam Lagenda Aureus Menurut versi ini, St. Valentine ditindas kerana menganut agama Kristian lalu disoal siasat oleh Maharaja Rom Claudius II sendiri. Claudius kagum dengan Valentine lalu berbincang dengannya sebagai cubaan untuk menggesanya supaya memeluk agama pagan Rom untuk menyelamatkan nyawa dirinya. Valentine menolak dan cuba menjadikan Claudius beragama Kristian pula. Oleh sebab itu, Valentine dihukum mati. Sebelum itu, beliau dikhabarkan melakukan satu mukjizat dengan menyembuhkan anak perempuan kepada pegawai yang memenjarakannya.
Memandangkan Lagenda Aureus, langsung tidak mengungkit sebarang hubungan dengan cinta asmara, maka ditokok tambah peribudaya yang bersesuaian pada zaman moden untuk menggambarkan Valentine sebagai paderi yang enggan mematuhi apa yang kononnya undang-undang larangan berkahwin ke atas warga lelaki muda yang dititahkan oleh Maharaja Claudius II, kononnya untuk menambah bilangan bala tenteranya atas kepercayaan bahawa lelaki yang berkahwin tidak sesuai menjadi askar. Bagaimanapun, Valentine si paderi itu senyap-senyap menganjurkan upacara perkahwinan bagi lelaki muda. Setelah diketahui oleh Claudius, Valentine diberkas lalu dipenjarakan.
Mengikut satu lagi kisah yang tersebar luas sungguhpun langsung tiada asas dalam sejarah, pada malam sebelum Valentine menjalani hukuman mati, beliau menulis kad Valentine pertama yang bertulis "Dari Valentinemu" untuk diutuskan kepada seorang gadis yang dikatakan sebagai kekasihnya, atau anak pegawai penjara yang bersahabat dengannya dan disembuh olehnya, atau kedua-duanya.

Namun dalam Islam menegah, mengikuti apa jua perayaan yang bertentangan tujuan dan maknanya,apatahlagi jika berkaitan dengan agama,bukan Islam

PUNCAK ADAM

GUNUNG ADAM
Puncak Adam ,berketinggian 2.243m ( 7,359 Kaki ) ini terletak di tengah-tengah pulai Sri Langka, Puncak ini mempunyai beberapa gelaran,iaitu Gunung Adam,Gunung Kupu-kupu dalam bahasa Tamil Sivanolipatha Malai atau Sri Pada yang bermaksud "Tapak Kaki Suci" 

Tapak Kaki Nabi Adam

Tedapat satu objek dijumpai disini, yang dikatakan, adalah bekas Tapak Kaki,berukuran 1.8 meter,menurut penganut Islam,Yahudi dan Kristian,kesan Tapak Kaki ini, adalah Tapak Kaki Nabi Adam, yang pertama kali menginjakan kaki beliau di Bumi,Apabila diperintahkan oleh Allah untuk turun ke Bumi,manakala bagi penganut Budhha,Tapak kaki tersebut pula adalah tapak kaki Dewa Buddha,dan penganut Hindu mengatakan itu adalah Tapak Kaki dewa Shiva
Banyak pengunjung yang datang ke Puncak ini,untuk melihat sendiri kesan Tapak Kaki tersebut,Gunung ini telah dimajukan untuk kemudahan Pelancong mendaki ke puncaknya.

PENCIPTA TELEFON PERTAMA


Telefon adalah alat komunikasi yang boleh membantu kita, membuat perhubungan jarak jauh, untuk bersembang atau memberitahu sesuatu kepada rakan-rakan,saudara-mara yang kedudukanya jauh dari kita,

Orang pertama yang memindahkan suaranya, melalui telefon adalah Alexander Graham Bell pada 2 Jun 1785,mengunakan telefon dwi arah/dua arah pertama pada 1 Julai 1875,kemudian pada 30 Januari 1877 beliau mempatenkan telefon dengan transmitter-penerimaan secara elektrodinamik

Keterangan lanjut mengenai penciptaan telefon:

Alexander Graham Bell

Lahir pada 3 Mac 1847 di Edinburgh,Scotland dan meninggal dunia di usia 75 tahun pada 2 ogos 1922 di Beinn Bhreagh,Nova Scotia,Kanada kerana penyakit anemia.

Keterangan Lanjut mengenai Alexander Graham Bell:




PENCIPTA PETI SEJUK


Peti Sejuk adalah alat yang digunakan untuk mengawet bahan mentah makanan dan penyimpanan makanan supaya tahan lama seperti daging,sayur-sayuran dan buah-buahan,peti sejuk juga digunakan untuk menyejukan dan membekukan air.

Pada tahun 1805, seorang ilmuan dari Amerika bernama Olever Evans,telah mereka peti sejuk dengan kaedah penemuan pertama penyejukan yang direka oleh William Chullen dari Universiti Glasgow,Scotland,pada tahun 1748,kemudian, set peti sejuk lengkap, pula dicipta oleh Alfred Mellowes pada Tahun 1915

Keterangan lanjut tentang pencipta peti sejuk pertama:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peti_sejuk


PENCIPTA MESIN ATM PERTAMA


Mesin ATM atau Automated Teller Machine adalah, mesin pengeluaran duit tunai dari bank,mesin ini memudahkan pelanggan bank menjalankan transaksi kewangan tanpa perlu berususan di kaunter bank,mesin ATM mula dicipta pada23 Jun tahun1925,oleh John Shepherd Barron dan pertama kali digunakan di London branch Barclays, Enfield,kemudian dimajukan oleh syarikat De La Rue Instruments pada masa itu,dan pengarahnya adalah John Shepherd Barron sendiri.


John Shepherd Barron

Lahir: 23 Jun 1925 di Shillong,India
Warganegara: British
Meninggal dunia: 15 Mei 2010 pada usia 84 Tahun

keterangan Lanjut tentang John Adrian Shepherd-Barron:
http://en.wikipedia.org/wiki/John_Shepherd-Barron

SEJARAH JALUR GEMILANG

JALUR GEMILANG

Dicipta pada tahun 1947 oleh Allahyarham Mohamed Hamzah,dan pertama kalinya dikibarkan pada 31 ogos 1957 di Dataran Merdeka.

ALLAHYARHAM MOHAMED HAMZAH

keterangan lanjut:
 http://marikhcrew-merdeka.blogspot.com/2009/08/sejarah-jalur-gemilang.html
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia





SIAPAKAH PERDANA MENTERI MALAYSIA?





PERDANA MENTERI PERTAMA

NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903

GELARAN: Bapa Kemerdekaan

TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

PERDANA MENTERI KEDUA

NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein

TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922

GELARAN: Bapa Pembangunan

TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari
1976

PERDANA MENTERI KETIGA
 
NAMA: Tun Hussein Onn
 
TARIKH LAHIR: 1922
 
GELARAN: Bapa Perpaduan
 
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

 
PERDANA MENTERI KEEMPAT

NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad

TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925

GELARAN: Bapa Pemodenan

TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003

PERDANA MENTERI KELIMA

NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TARIKH LAHIR: 26 November 1939

TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang

ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood

ANAK: Kamaluddin, Nori

KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya


NEGARAKU,ASAL USUL LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.
Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.
Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.
Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.
Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.
Next Home